feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Jenis Jenis Unit Amanah

Labels:

Berikut ialah senarai jenis unit amanah yang terdapat di pasaran:

Dana pendapatan:

Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang menghasilkan dividen yang besar dengan harapan akan membayar sebahagian besar daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.

Dana pertumbuhan modal:

Melabur terutama sekali dalam saham dengan harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang (iaitu melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka kepada risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.

Dana pertumbuhan agresif:

Sama dengan dana pertumbuhan modal tetapi pelaburan dibuat dalam saham agresif yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang lebih tinggi. Sesuai untuk pelabur berisiko tinggi.

Dana terimbang:

Mempunyai tiga objektif: pendapatan, kenaikan nilai sederhana dan pemeliharaan modal. Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori aset yang merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Kepelbagaian yang baik dan sesuai bagi pelabur yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang sederhana.

Dana indeks:

Melabur dalam sejumlah besar saham yang menjejaki indeks pasaran saham terpilih.

Dana bon:

Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan instrumen pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko kadar faedah dan kebanyakannya tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir penerbit sekuriti.

Dana pasaran wang:

Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan kurang dari 90 hari. Oleh kerana dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang diterima, walaupun kecil, pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan. Sesuai untuk pelabur yang mahu kecairan dalam pelaburan dan menjadi tempat sementara untuk menyimpan dana sebelum melabur dalam dana lain.

Dana Islam:

Diuruskan berlandaskan prinsip Syariah; pelaburan dibuat dalam saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham tidak halal dan instrumen pasaran wang berfaedah.

Dana negeri:

Diuruskan oleh perbadanan pembangunan negeri untuk pelabur dari negeri masing-masing.


**dipetik dari min.com.my



Pelaburan Unit Amanah

Labels:









Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan.

Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.



Pengurusan Kewangan Siri 2

Labels:

Apakah langkah2 untuk menguruskan kewangan dgn baik?


Langkah 1-Tentukan matlamat kewangan

Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.


Adakah anda merancang untuk....

........membeli rumah?
........membeli kereta?
........berkahwin?
........menabung untuk pendidikan anak2?
........melancong?
........menyediakan perbelanjaan perubatan?
........mempunyai wang persaraan?
........dan lain2 keinginan yang memerlukan jumlah wang yang besar?


Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Langkah 2-Menjejaki kemana perginya wang anda

Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda.

Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:

**Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
**Berapa banyak hutang anda setiap bulan
**Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan

Langkah 3-Nilai Tabiat Berbelanja

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda.

Perhatikan sama ada:

**Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
**Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
**Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
**Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak

Langkah 4-Tulis Rancangan Perbelanjaan

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda.
Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

**Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
**Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
**Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)



Pengurusan Kewangan

Labels:









Anda mempunyai wang samada banyak atau sikit, tetapi anda tetap menghadapi masalah kewangan. Kenapa ini berlaku? Di mana silapnya? Semuanya bersangkut paut dgn pengurusan kewangan.

Kalau saya ambil 2 situasi berbeza,

1- Ahmad, pekerja bank bergaji $4000 sebulan dan hanya mampu menyimpan $100 sebulan
2- Abu, seorang kerani bergaji $2000 sebulan dan mampu menyimpan $500 sebulan


Di sini , dpt saya simpulkan bahawa Abu bakal mempunyai tahap kewangan lebih baik daripada Ahmad. Jadi belajarlah untuk menyimpan. Sekiranya anda gagal untuk menyimpan, lupakan niat anda untuk melabur.


Saya selalu ingat "seringgit yang kita simpan hari ini adalah seringgit yang kita jana pada hari esok"

Mulakan menyimpan sekarang, kerana faktor masa amat mempengaruhi nilai simpanan anda pada masa akan datang. Bagaimana ini terjadi? Nanti saya ceritakan pada episod akan datang.