feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

2015??? China Bakal Kuasai Ekonomi Dunia

Labels:

Ekonomi China dijangka melebar ke 10.9% tahun ini selepas peningkatan 10.6% pada tahun lepas.








Hampir separuh ekonomi dunia berasal dari Asia. Keadaan ini akan terjadi pada tahun 2030, di mana sumbangan Asia terhadap ekonomi dunia mencapai 34%.

Demikian kajian Deutsche Bank seperti dikemukakan Chief Investment Officer Deutsche Bank Private Wealth Management Chew Soon Gek, dalam seminar Paparan Ekonomi dan Pasar Global 2008, di Hotel Grand Hyatt, di Jakarta, Rabu (30/1/2008).

Bahkan, pada 2015 China akan menjadi negara yang memiliki kekuatan ekonomi terbesar di dunia pada 2015. "China dijangka akan mengalahkan AS,".

Jangkaan ini karena China telah menjadi pengeluar terbesar di dunia untuk beberapa komoditi, iaitu bijih, besi, baja, tembaga, dan pulp.

Pertumbuhan ekonomi China ini mampu mengatasi Hong Kong. Kerana, ekonomi Hong Kong terikat dengan China. Aliran dana banyak berasal dari China.

India juga akan mengalami pertumbuhan. Alasannya, meningkatnya permintaan domestik di India. India dan China juga menjadi alternatif pelabur saat terjadi ketidakstabilan ekonomi pada krisis kewangan yang lalu.



Tip Menjadi Senang Tanpa Kenaikan Gaji

Labels:

Saya pernah diberitahu seorang lelaki yang memiliki sebuah kereta dan sebiji rumah dengan hanya berpendapatan RM 2000 sebulan. Hidup di kota besar seperti KL, ramai yang berpendapatan lebih dari pada itu, namun ramai yang masih tidak memiliki sebarang aset.


Biasanya apabila mendapat gaji, kita akan terus membuat perkiraan untuk bayaran seperti sewa rumah, kereta, insurans, bil telefon,kad kredit dan lain-lain. Bakinya akan digunakan untuk membeli keperluan lain dan hiburan. Dan baki akhir barulah kita akan memutuskan utk melabur contohnya dalam ASB.

Cara pengurusan kewangan begini akan menyebabkan kita akan kurang melabur untuk masa depan.

katakan gaji bulanan : RM 2000
belanja bulanan : RM 1200
baki yang tinggal : RM 800

adakah anda akan melihat nilai RM 800 ini akan sentiasa ada dalam simpanan anda sehingga akhir bulan..kebanyakan dari kita, akan mendapati wang menjadi kurang dari nilai itu, ini kerana psikologi minda kita lebih ke arah ingin berbelanja, sehinggalah anda dapati hampir tiada wang yang tinggal untuk pelaburan masa depan.




"Bayar untuk masa depan anda dahulu", hurm bunyinya mungkin agak ganjil. So melalui kaedah ini, tetapkan berapa % anda ingin melabur untuk masa depan anda.

katakan gaji bulanan : RM 2000
pelaburan mesti buat : 20% sebulan = RM400 (lagi byk lagi bagus)

jadi nilai yang tinggal RM2000-RM400 = RM1600

disini kita akan hanya berbelanja pada nilai maximum RM 1600 sahaja sebulan.
Dengan wang sebanyak ini, rancanglah perbelajaan yang perlu bayar dahulu.


Belanja boleh dikurangkan berdasarkan nilai baki wang setelah ditolak pelaburan dibuat dengan mengamalkan mana mana kaedah berikut:


1) kurangkan penggunaan telefon bimbit
2) amalkan berbelanja ketika jualan murah dan secara borong
3) menggunakan kemudahan internet untuk berhubung seperti YM, Skype dan lain2.
4) gunakan pengangkutan awam
5) elakkan merokok
6) kurangkan bersosial dan berhibur
7) elakkan penggunaan kredit kad
8) sewa bilik yang yang kecil
9) tinggal dengan ibu bapa
10)mulakan blogging...pasti banyak benda yang korang xjadi nak buat...
11) dan byk lagi....



TABIAT ANDA YANG AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA



Pengenalan Kepada Faraid

Labels:

Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.



Sebelum harta pusaka dibahagikan (faraidh), waris mesti selesaikan 4 perkara terlebih dahulu

1. Belanja menguruskan jenazah
Mandi, kafan dan kebumi

2. Jelaskan hutang si mati
Hutang dengan Allah spt zakat, haji, kifarah, nazar, fidyah, dan hutang dengan manusia

3. Harta Sepencarian

4. Wasiat (amal jariah) jika ada dengan syarat :
Tidak lebih 1/3 dari harta bersih setelah tolak hutang
Tidak diwasiatkan kepada waris yang berhak terima
pusaka kecuali SETUJU (Baligh, berakal, faham)


Selebihnya barulah di FARAIDH kan mengikut hukum syarak



OPR dikekalkan pada paras 3.5%

Labels:

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) di paras 3.5 peratus.

BNM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM yang diadakan di sini hari ini.

BNM telah mengekal penanda aras kadar faedah negara itu pada paras tersebut sejak April 2006.

Menurut kenyataan itu, pengekalan kadar itu dibuat berdasarkan prestasi menggalakkan ekonomi Malaysia bagi tahun 2007 dan jangkaan momentum pertumbuhan yang mampan pada tahun ini.

“ Walaupun ekonomi negara dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan mampan, BNM juga menyedari bahawa perkembangan dalam pasaran kewangan global ketika ini telah menimbulkan ketidakpastian mengenai pertumbuhan ekonomi global.

“ Petunjuk ekonomi negara-negara perindustrian utama telah menggambarkan bahawa terdapat risiko pertumbuhan global akan menjadi lebih perlahan,” kata kenyataan tersebut.

Menurut BNM, kesan perkembangan luaran itu kepada ekonomi Malaysia akan bergantung kepada kekukuhan ekonomi dalam negara serta kesannya terhadap penurunan sektor perdagangan.

Selain itu, tekanan harga global yang semakin meningkat khususnya dalam segmen tenaga, bahan makanan dan komoditi telah menyebabkan trend inflasi negara meningkat sejak separuh kedua tahun lalu.

Dalam jangka terdekat, risiko terhadap peningkatan inflasi adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya.

“ Namun begitu, pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan berkemungkinan akan mengurangkan tekanan kos yang dialami dalam ekonomi negara,” tambah BNM.

BNM berkata, pihaknya akan memantau secara dekat risiko pertumbuhan perlahan ekonomi domestik akibat daripada kenaikan harga barangan dan akan mengambil langkah kawalan jika diperlukan.

Pendirian dasar monetari Malaysia pada masa akan datang bergantung kepada maklumat terbaru dan penilaian kesan terhadap prospek kestabilan harga jangka sederhana serta jangkaan pertumbuhan ekonomi.




Istilah Pilihan
____________________________________________________________________
Overnight Policy Rate (OPR)
The overnight rate is generally the rate that large banks use to borrow and lend from one another on the interbank market. In some countries (for example, Canada), the overnight rate may be the rate targeted by the central bank to influence monetary policy. In most countries, the central bank is also a participant on the overnight lending market, and will lend or borrow money to some group of banks.

There may be a published overnight rate that represents an average of the rates at which banks lend to each other; certain types of overnight operations may be limited to qualified banks. The precise name of the overnight rate will vary from country to country




Hitung Hutang Anda...

Labels:









Apa gunanya rumus di atas...ianya bersangkut paut dengan hutang anda...
Nisbah ini digunakan oleh kebanyakan institusi kewangan untuk melihat kedudukan kewangan setiap peminjam. Oleh itu, sila kira nisbah anda dan sekiranya ianya kurang 20% anda berada dalam keadaan yang selamat. Sekiranya lebih, sila buat pengurusan kewangan yang lebih baik.



Adakah Dollar Cost Averaging Berkesan dalam Unit Amanah

Labels:

DCA lebih membawa maksud melabur dgn amaun yang serupa secara berkala. Dengan melakukan demikian, pelabur akan mengurangkan risiko pelaburan untuk jangkamasa panjang.



Secara kasarnya melabur secara lump sump lebih menguntungkan lebih lagi dalam keadaan pasaran meningkat. Malangnya dalam dunia nyata, pasaran naik dan turun, dan dalam keadaan ini DCA akan lebih membantu.


Namun anda perlu ingat mengamalkan DCA akan lebih berkesan dalam mode aktif. Mode aktif di mana, konsultan anda melakukan pengawasan pelaburan dengan melakukan switching ke fund berisiko rendah sekiranya perlu.

Ok..jom kita lihat adakah kenyataan saya di atas benar atau tidak.



MODE PASIF

Anda melakukan pelaburan unit amanah secara DCA secara mode pasif bermula 31 Dis 1997 hingga 31 Dis 1999.

Pelaburan awal : RM 1 000
DCA : RM 1 000 sebulan
Tempoh Pelaburan : 2 tahun (dis 97 hingga dis 99)
Jumlah Pelaburan : RM 24 000
Nilai Pelaburan pada 31 Dis 1999 : RM 32 587
Keuntungan dijana : RM 32 587 - RM 24 000 = RM 8 587


Tahniah anda untung RM 8 587 dgn melakukan DCA sepanjang 2 tahun secara mode pasif.



Kita lihat sekiranya pelaburan tadi disambung ke tahun ke 3.


Jumlah Pelaburan : RM 36 000
Tempoh Pelaburan: 3 tahun (dis 97 hingga dis 00)
Nilai Pelaburan pada 31 Dis 2000 : RM 36 303
Keuntungan dijana : RM 36 303 - RM 36 000 = RM 303

Tahniah juga kerana anda untung RM 303...tetapi adakah nilai ini berbaloi dgn tempoh 3 tahun...

Bandingkan dgn fixed deposit utk amoun yang sama RM 36 000 utk tempoh yang sama.

Nilai Pelaburan FD pada 31 Dis 2000: RM 38 108

Keuntungan dijana FD RM2108 nyata lebih baik..jadi mengapa anda merisikokan wang anda hanya untuk mendpt keuntungan yang jauh lebih rendah berbanding FD.






Perhatikan pula sekiranya anda melakukan DCA dalam MODE AKTIF..


Pelaburan awal : RM 1 000
DCA : RM 1 000 sebulan
Tempoh Pelaburan : 3 tahun (dis 97 hingga dis 00)
Jumlah Pelaburan : RM 36 000
Nilai Pelaburan pada 31 Dis 2000 : RM47 282
Keuntungan dijana : RM 47 282 - RM 36 000 = RM 11 282

Keuntungan anda adalah RM 11 282 berbanding anda melakukan DCA dgn mode pasif iaitu untung hanya RM 303.


Kesimpulannya disini pilihlah konsultan yang benar benar menguruskan wang anda. Pilihan di tangan anda.



KWSP isytihar dividen 5.8 peratus bagi 2007

Labels:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pembayaran dividen 5.8 peratus bagi tahun 2007.

Ketika mengumumkannya, Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kadar tersebut lebih tinggi daripada 5.1 peratus yang dibayar pada tahun 2006.

Katanya dividen lebih tinggi itu dibantu oleh pasaran saham yang lebih kukuh dan juga kecekapan KWSP dalam mengurus dananya yang berkembang.