feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Melabur dalam ASB guna loan bank

Labels:

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun). Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.



Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman



Jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827(termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.

Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain membayar bulanan kpd loan


Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9%setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun =RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar ==> RM 64,64

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun,anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna,oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential gain'.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000

Kehilangan Keuntungan> RM 143,018
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !

Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.

Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka
ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.


One more thing, kena ingat inflasi akan menyusutkan nilai wang anda...

Katakan ASB bagi dividen+bonus 9% - BLR 6.9% - INFLASI 3.5% = -1.4%!
Anda bukan makin untung..malah mengalami kerugian





2 comments:
gravatar
amir said...
August 13, 2010 at 6:22 PM  

Saya ada satu opinion yg lain ckit dr anda. Saya dan isteri ada buat loan ASB sebanyak 200k seorang (maknyanya 400k).Untuk mudah sy cerita pasal akaun sy jelah. Sy ambil 25 tahun. Modal tahun pertama ialah RM12,000(1k lebih sebulan X 11 bulan). Start tahun kedua,katakn dividen ASB ialah 8%,maka saya akan dapat 16k.Tolak byr 12k utk thn kedua ada lg bal 4k.Gtu2 lh seterusnya smpai 25 thn.Selepas 25 tahn akan dapat 300k (200k asal + 4k X 25 tahun).Itu kalau dividen tetap 8% lh.tu pn kalau 4k tu xltak tmpat lain cthnya ASW atau tabung haji lh.kalu paling rendah 5% pn sy dpt 10k,cuma perlu tmbah 2k setahun.kalu 24 thn X 2k,maknanya kna tambah 48k lh.In worse case sy kna byr 60k utk dpt 100k.tp rasa2nya jrang kot ASB nk bg 5% je.Asalkn ASB bg 6%,sy dh bo tsenyum sbb modal asal ialah 12k sahaja utk thn 1st,after 25yr bo dpt 200k.

Sy nk nyelit ckit psl tabung haji kt cni.tabung haji lebuh byk dividen sebenarnya.tahunn lpas tabung haji bg dividen akhir tahun 5% dan special dividen 2.5%.jd jumlahnya 7.5% (bulat2 terima).kalau ASB 8% pn lpas tolak zakat 2.5% jd 5.5%.jauh beza tu tp xde pinjaman utk tabung haji lh skrg ni.

Adioss.

gravatar
amir said...
August 13, 2010 at 6:23 PM  

lupa nk ucap tima kasih td.suka psl tajuk OD dlm blog ni

Post a Comment