feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Adakah Dollar Cost Averaging Berkesan dalam Unit Amanah

Labels:

DCA lebih membawa maksud melabur dgn amaun yang serupa secara berkala. Dengan melakukan demikian, pelabur akan mengurangkan risiko pelaburan untuk jangkamasa panjang.



Secara kasarnya melabur secara lump sump lebih menguntungkan lebih lagi dalam keadaan pasaran meningkat. Malangnya dalam dunia nyata, pasaran naik dan turun, dan dalam keadaan ini DCA akan lebih membantu.


Namun anda perlu ingat mengamalkan DCA akan lebih berkesan dalam mode aktif. Mode aktif di mana, konsultan anda melakukan pengawasan pelaburan dengan melakukan switching ke fund berisiko rendah sekiranya perlu.

Ok..jom kita lihat adakah kenyataan saya di atas benar atau tidak.



MODE PASIF

Anda melakukan pelaburan unit amanah secara DCA secara mode pasif bermula 31 Dis 1997 hingga 31 Dis 1999.

Pelaburan awal : RM 1 000
DCA : RM 1 000 sebulan
Tempoh Pelaburan : 2 tahun (dis 97 hingga dis 99)
Jumlah Pelaburan : RM 24 000
Nilai Pelaburan pada 31 Dis 1999 : RM 32 587
Keuntungan dijana : RM 32 587 - RM 24 000 = RM 8 587


Tahniah anda untung RM 8 587 dgn melakukan DCA sepanjang 2 tahun secara mode pasif.



Kita lihat sekiranya pelaburan tadi disambung ke tahun ke 3.


Jumlah Pelaburan : RM 36 000
Tempoh Pelaburan: 3 tahun (dis 97 hingga dis 00)
Nilai Pelaburan pada 31 Dis 2000 : RM 36 303
Keuntungan dijana : RM 36 303 - RM 36 000 = RM 303

Tahniah juga kerana anda untung RM 303...tetapi adakah nilai ini berbaloi dgn tempoh 3 tahun...

Bandingkan dgn fixed deposit utk amoun yang sama RM 36 000 utk tempoh yang sama.

Nilai Pelaburan FD pada 31 Dis 2000: RM 38 108

Keuntungan dijana FD RM2108 nyata lebih baik..jadi mengapa anda merisikokan wang anda hanya untuk mendpt keuntungan yang jauh lebih rendah berbanding FD.






Perhatikan pula sekiranya anda melakukan DCA dalam MODE AKTIF..


Pelaburan awal : RM 1 000
DCA : RM 1 000 sebulan
Tempoh Pelaburan : 3 tahun (dis 97 hingga dis 00)
Jumlah Pelaburan : RM 36 000
Nilai Pelaburan pada 31 Dis 2000 : RM47 282
Keuntungan dijana : RM 47 282 - RM 36 000 = RM 11 282

Keuntungan anda adalah RM 11 282 berbanding anda melakukan DCA dgn mode pasif iaitu untung hanya RM 303.


Kesimpulannya disini pilihlah konsultan yang benar benar menguruskan wang anda. Pilihan di tangan anda.



2 comments:
gravatar
Anonymous said...
July 1, 2008 at 1:46 AM  

tumpang lalu..
cambest je topik ni nape tak discuss kat carigold.com kat thread whomyd..

gravatar
amir said...
August 13, 2010 at 6:29 PM  

alamak,sorilh tuan tanah aku ada opinion lain jgak skali lg.

aku xprefer sgt unit trust ni.knape?
cuba try bc kt blog psl unit trust ni.xpn,bc buku2 psl investment saham ni.bo dpt lebih sbenarnya.

Post a Comment