feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

OPR dikekalkan pada paras 3.5%

Labels:

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) di paras 3.5 peratus.

BNM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM yang diadakan di sini hari ini.

BNM telah mengekal penanda aras kadar faedah negara itu pada paras tersebut sejak April 2006.

Menurut kenyataan itu, pengekalan kadar itu dibuat berdasarkan prestasi menggalakkan ekonomi Malaysia bagi tahun 2007 dan jangkaan momentum pertumbuhan yang mampan pada tahun ini.

“ Walaupun ekonomi negara dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan mampan, BNM juga menyedari bahawa perkembangan dalam pasaran kewangan global ketika ini telah menimbulkan ketidakpastian mengenai pertumbuhan ekonomi global.

“ Petunjuk ekonomi negara-negara perindustrian utama telah menggambarkan bahawa terdapat risiko pertumbuhan global akan menjadi lebih perlahan,” kata kenyataan tersebut.

Menurut BNM, kesan perkembangan luaran itu kepada ekonomi Malaysia akan bergantung kepada kekukuhan ekonomi dalam negara serta kesannya terhadap penurunan sektor perdagangan.

Selain itu, tekanan harga global yang semakin meningkat khususnya dalam segmen tenaga, bahan makanan dan komoditi telah menyebabkan trend inflasi negara meningkat sejak separuh kedua tahun lalu.

Dalam jangka terdekat, risiko terhadap peningkatan inflasi adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya.

“ Namun begitu, pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan berkemungkinan akan mengurangkan tekanan kos yang dialami dalam ekonomi negara,” tambah BNM.

BNM berkata, pihaknya akan memantau secara dekat risiko pertumbuhan perlahan ekonomi domestik akibat daripada kenaikan harga barangan dan akan mengambil langkah kawalan jika diperlukan.

Pendirian dasar monetari Malaysia pada masa akan datang bergantung kepada maklumat terbaru dan penilaian kesan terhadap prospek kestabilan harga jangka sederhana serta jangkaan pertumbuhan ekonomi.




Istilah Pilihan
____________________________________________________________________
Overnight Policy Rate (OPR)
The overnight rate is generally the rate that large banks use to borrow and lend from one another on the interbank market. In some countries (for example, Canada), the overnight rate may be the rate targeted by the central bank to influence monetary policy. In most countries, the central bank is also a participant on the overnight lending market, and will lend or borrow money to some group of banks.

There may be a published overnight rate that represents an average of the rates at which banks lend to each other; certain types of overnight operations may be limited to qualified banks. The precise name of the overnight rate will vary from country to country




0 comments:

Post a Comment