feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Tip Menjadi Senang Tanpa Kenaikan Gaji

Labels:

Saya pernah diberitahu seorang lelaki yang memiliki sebuah kereta dan sebiji rumah dengan hanya berpendapatan RM 2000 sebulan. Hidup di kota besar seperti KL, ramai yang berpendapatan lebih dari pada itu, namun ramai yang masih tidak memiliki sebarang aset.


Biasanya apabila mendapat gaji, kita akan terus membuat perkiraan untuk bayaran seperti sewa rumah, kereta, insurans, bil telefon,kad kredit dan lain-lain. Bakinya akan digunakan untuk membeli keperluan lain dan hiburan. Dan baki akhir barulah kita akan memutuskan utk melabur contohnya dalam ASB.

Cara pengurusan kewangan begini akan menyebabkan kita akan kurang melabur untuk masa depan.

katakan gaji bulanan : RM 2000
belanja bulanan : RM 1200
baki yang tinggal : RM 800

adakah anda akan melihat nilai RM 800 ini akan sentiasa ada dalam simpanan anda sehingga akhir bulan..kebanyakan dari kita, akan mendapati wang menjadi kurang dari nilai itu, ini kerana psikologi minda kita lebih ke arah ingin berbelanja, sehinggalah anda dapati hampir tiada wang yang tinggal untuk pelaburan masa depan.




"Bayar untuk masa depan anda dahulu", hurm bunyinya mungkin agak ganjil. So melalui kaedah ini, tetapkan berapa % anda ingin melabur untuk masa depan anda.

katakan gaji bulanan : RM 2000
pelaburan mesti buat : 20% sebulan = RM400 (lagi byk lagi bagus)

jadi nilai yang tinggal RM2000-RM400 = RM1600

disini kita akan hanya berbelanja pada nilai maximum RM 1600 sahaja sebulan.
Dengan wang sebanyak ini, rancanglah perbelajaan yang perlu bayar dahulu.


Belanja boleh dikurangkan berdasarkan nilai baki wang setelah ditolak pelaburan dibuat dengan mengamalkan mana mana kaedah berikut:


1) kurangkan penggunaan telefon bimbit
2) amalkan berbelanja ketika jualan murah dan secara borong
3) menggunakan kemudahan internet untuk berhubung seperti YM, Skype dan lain2.
4) gunakan pengangkutan awam
5) elakkan merokok
6) kurangkan bersosial dan berhibur
7) elakkan penggunaan kredit kad
8) sewa bilik yang yang kecil
9) tinggal dengan ibu bapa
10)mulakan blogging...pasti banyak benda yang korang xjadi nak buat...
11) dan byk lagi....



TABIAT ANDA YANG AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA



0 comments:

Post a Comment